72 peserta bengkel terima sijil

72 peserta bengkel terima sijil

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Seramai 72 orang peserta telah menerima sijil masing-masing apabila berjaya menamatkan Bengkel Training of Trainers-Parental Skills, pada majlis penutup dan penyampaian sijil yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di ibu negara hari ini.

Pada majlis berkenaan, sijil para peserta yang terdiri daripada kaunselor-kaunselor sekolah rendah, menengah, pusat tingkatan enam dan pegawai-pegawai dari agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Pembangunan Masyarakat, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Biro Kawalan Narkotik, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Pengajian Islam, Pusat Dakwah Islamiah, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Unit Kesejahteraan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-sekolah, Unit Pendidikan Khas dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Terdahulu sebelum itu, wakil peserta bengkel, Dayang Norhaslinda binti Haji Mohd Adnan dalam ucapannya berkata, bengkel selama empat hari itu telah dapat membantu dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka di mana ia banyak membuka minda dan mendedahkan mereka kepada isu-isu keibubapaan.

Sementara itu, teknik yang ditunjuk ajar sepanjang bengkel itu juga mampu memberikan panduan serta banyak memberikan buah fikiran kepada mereka untuk menangani isu-isu berkenaan secara praktikal.

Haji Brahim menyampaikan sijil kepada wakil-wakil peserta bengkel berkenaan.
Haji Brahim menyampaikan sijil kepada wakil-wakil peserta bengkel berkenaan.

pg09_160129_d

Bengkel yang bermula 25 Januari lalu itu dihasratkan untuk memberikan pendedahan kepada para kaunselor mengenai aspek kemahiran serta pengetahuan mengenai keibubapaan, sekali gus membantu kelancaran para peserta dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai kaunselor di tempat kerja masing-masing.

Di samping itu, pihak Yayasan juga menyatakan harapan agar para peserta dapat berkongsi ilmu yang diperoleh semasa menyertai bengkel berkenaan dengan rakan-rakan lain supaya ilmu itu dapat dikongsi bagi menjana kecemerlangan khidmat yang diamanahkan.

Dengan adanya penglibatan peserta dari pelbagai agensi kerajaan, pihak Yayasan yakin dengan sendirinya rangkaian profesional antara semu peserta bengkel akan terjalin dan terbina.

Rangkaian profesional itu akan membolehkan kerjasama yang erat antara agensi supaya dapat merancang ke arah pelaksanaan program sepadu demi meningkatkan kesedaran keibubapaan di peringkat nasional secara mapan dan berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA