74 naik pangkat

74 naik pangkat

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seramai 74 orang pegawai kanan ABDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat.

Sehubungan itu, majlis penyampaian tanda pangkat telah diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison, hari ini, dan hadir selaku tetamu kehormat serta menyempurnakan penyampaian tanda pangkat ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, para pengarah, pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli keluarga pegawai-pegawai ABDB yang dinaikkan pangkat.

Antara pegawai-pegawai yang menerima kenaikan pangkat.
Antara pegawai-pegawai yang menerima kenaikan pangkat.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyematkan kenaikan pangkat Brigedier Jeneral kepada Kolonel (U) Shahril Anwar.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyematkan kenaikan pangkat Brigedier Jeneral kepada Kolonel (U) Shahril Anwar.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyemat kenaikan pangkat kepada salah seorang pegawai kanan TDDB.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyemat kenaikan pangkat kepada salah seorang pegawai kanan TDDB.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika menyampaikan kenaikan pangkat kepada salah seorang pegawai kanan TLDB.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika menyampaikan kenaikan pangkat kepada salah seorang pegawai kanan TLDB.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyampaikan kenaikan pangkat Kolonel kepada Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Muluddin.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyampaikan kenaikan pangkat Kolonel kepada Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Muluddin.

Pada majlis berkenaan, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, 265 Kolonel (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah dinaikkan pangkat menjadi Brigedier Jeneral dan Pengarah Pembangunan Keupayaan Pasukan, 609 Lt Kolonel (Udara) Haji Mohd Muluddin bin Haji Latif dinaikkan ke pangkat Kolonel.

Sementara itu, 14 lagi dinaikkan ke pangkat Substantif Mejar/ Lt Komander, 12 pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar/Lt Komander, 18 pegawai dinaikkan ke pangkat Substantif Kapten/Leftenan, 27 pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Kapten/Leftenan dan seorang orang pegawai dinaikkan ke pangkat Leftenan.

Kenaikan pangkat ABDB merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi mengiktiraf, memberi ganjaran dan terus mengasuh para pegawai yang telah menunjukkan prestasi baik dan menampilkan potensi untuk terus menyumbang kepada ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA