74 pain darah berjaya dikutip

74 pain darah berjaya dikutip

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 6 Dis – Sebanyak 74 pain darah telah berjaya dikutip dalam Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Foo Chow yang berlangsung di bangunan persatuan itu, di Jalan Bunga Raya di sini, hari ini.

Jumlah itu melebihi 50 pain darah yang menjadi sasaran kempen tersebut yang pertama kali diusahakan oleh Bahagian Belia, persatuan berkenaan.

Dengan kerjasama daripada empat buah persatuan lainnya iaitu Persatuan Hainan, Kwong Wai Siew, Tai Poo dan Zhong Zin Hakka Union, kempen turut dikendalikan bersama oleh Unit Derma Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Ketua Bahagian Belia, merangkap Penolong Pengerusi Persatuan Foo Chow, Foo Kian Ming memberitahu Media Permata, respons daripada orang ramai ke atas kempen itu amat menggalakkan walaupun dalam musim cuti persekolahan penggal akhir, yang terkenal dengan musim bercuti dalam kalangan masyarakat ke luar negara bersama keluarga.

Antara yang turut menderma darah ialah Pengerusi Persatuan, Kwang Wai Siew, Koo Kong Loi, bersama beliau ialah antara ahli tertinggi empat persatuan yang turut memberikan kerjasama dalam kempen semalam.
Antara yang turut menderma darah ialah Pengerusi Persatuan, Kwang Wai Siew, Koo Kong Loi, bersama beliau ialah antara ahli tertinggi empat persatuan yang turut memberikan kerjasama dalam kempen semalam.

Menurutnya, dari pukul 9:00 pagi kempen dimulakan sehingga pukul 11:00 pagi sahaja, sudah lebih 40 orang datang untuk menderma darah yang terdiri daripada kalangan berbagai bangsa dan agama serta golongan usia, termasuk seorang penyumbang berusia di bawah 18 tahun malah terdapat juga beberapa orang warga emas.

Beliau memberitahu, mereka telah memaklumkan tentang kempen berkenaan dengan menggunakan kemudahan media sosial, siaran akhbar dan dari mulut ke mulut serta melawat ke sekolah-sekolah dengan membawa bersama mereka risalah, serta membentangkan kain rentang di hadapan bangunan persatuan mereka.

Kempen berakhir kira-kira pukul 1:30 petang dan antara yang turut menyumbangkan darah ialah Pengerusi Persatuan Kwang Wai Siew, Koo Kong Loi dan Foo Kian Ming serta yang lainnya.

Kempen bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menderma darah, selain menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyumbangkan darah, serta membantu mengisikan tabung darah sebagai keperluan pesakit-pesakit.

ARTIKEL YANG SAMA