75 pelajar jalani pembelajaran baru

75 pelajar jalani pembelajaran baru

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Fizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Seramai 75 pelajar baru Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Mekanikal kini sedang menjalani minggu orientasi mereka bermula hari ini hingga 23 Julai yang berlangsung di Dewan Kuliah Kampus Mekanikal, Tungku, di sini.

Pelajar-pelajar berkenaan akan melanjutkan pembelajaran mereka di peringkat Sijil Pendidikan Tinggi Teknikal Kebangsaan (HNTEC) dan Sijil Pendidikan Teknikal Kebangsaan (NTEC), sejurus selepas Majlis Pelancaran Minggu Orientasi bagi pengambilan Julai 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, kelmarin.

Orientasi selama enam hari tersebut adalah program bagi mengalu-alukan kemasukan pelajar-pelajar baru dan bagi memudahkan peralihan pembelajaran mereka ke IBTE Kampus Mekanikal.

Salah satu matlamat utama orientasi berkenaan adalah untuk menerapkan dalam diri mereka tentang misi, penglihatan, memahami kepentingan nilai-nilai, serta jangkaan/harapan kampus berkenaan selaras dengan IBTE.

Ia termasuk peluang kepada para pelajar untuk bertemu dan bekerjasama dengan rakan-rakan di divisyen mereka dalam aktiviti pembinaan pasukan (team building).

Antara pelajar-pelajar baru yang menghadiri Minggu Orientasi IBTE Kampus Mekanikal.
Antara pelajar-pelajar baru yang menghadiri Minggu Orientasi IBTE Kampus Mekanikal.

Program berkenaan juga disertakan dengan pelbagai acara seperti ceramah agama dari Pusat Dakwah Islamiah, demonstrasi pencegahan kebakaran dan induksi HSSE oleh kakitangan HSSE, taklimat insurans oleh BIBD Takaful, taklimat dari Biro Kawalan Narkotik dan Polis Diraja Brunei serta ceramah motivasi daripada Unit Kaunseling.

Pendaftar (Registrar) IBTE Kampus Mekanikal, Dayang Ai-zen Syamsiah binti Haji Puasa ketika ditemui media menjelaskan bahawa berbanding pengambilan tahun lepas, pengambilan tahun ini telah menurun disebabkan oleh prosedur pemilihan yang ketat. Beliau juga menyatakan bahawa kampus berkenaan berharap untuk melihat peningkatan pemohon perempuan bagi program berkenaan, terutama dalam bidang kejuruteraan automobil.

ARTIKEL YANG SAMA