75 pemberontak AS latih masuk ke Syria dari Turki

75 pemberontak AS latih masuk ke Syria dari Turki

BEIRUT, 20 Sept (AFP) – Seramai 75 pemberontak Syria yang dilatih untuk memerangi kumpulan jihad di bawah satu program Amerika Syarikat (AS) telah menyeberangi dari Turki menuju masuk ke utara Syria, menurut puak pemberontak yang disokong AS dan kumpulan pemantau hari ini.

“Seramai 75 orang pejuang baru yang dilatih di sebuah kem berhampiran bandar Turki memasuki wilayah Aleppo antara malam Jumaat dan pagi Sabtu,” Rami Abdel Rahman, pengarah Balai Cerap Hak Asasi Kemanusiaan Syria memberitahu AFP.

Hassan Mustafa, seorang jurucakap bagi unit Divisyen 30 yang disokong AS bagi beberapa pemberontak yang dikerahkan, mengesahkan kepada AFP yang kumpulan itu telah memasuki Syria.

“Latihan mereka di Turki berakhir dua bulan dan mereka akan berada di barisan hadapan dengan Daesh. Mereka kini berada di bandar Tal Rifaat,” kata Mustafa melalui Internet menggunakan akronim Arab bagi kumpulan Islamic State (IS).

Menurutnya dia tidak dapat memberi komen ke atas jenis senjata atau bekalan pemberontak telah bawa bersama mereka.

Menurut Abdel Rahman, kumpulan itu telah menyertai konvoi berpuluh buah kereta bersama senjata ringan dan amunisi, di bawah perlindungan udara dari askar gabungan diketuai AS yang melancarkan serangan menentang IS di Iraq dan Syria.

Menurutnya pemberontak menyeberangi melalui tempat sempadan Bab al-Salama, pintu utama bagi para pejuang dan bekalan, menuju masuk ke wilayah Aleppo.

Laluan bekalan sering menjadi sasaran oleh kumpulan jihad IS yang berhasrat memotong bekalan kepada pesaing pemberontak.

Abdel Rahman mengatakan kebanyakan para pejuang yang baru dilatih itu dikerahkan ke Divisyen 30 – unit utama bagi pejuang dilatih AS – sementara yang lain membantu kumpulan yang digelar Suqur al-Jabal (Falcons of the Mountain).