75 rekrut APO dirai

75 rekrut APO dirai

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Seramai 75 orang rekrut Anggota Polis Tambahan (APO) Lelaki Skuad 1/2015 diraikan dalam Majlis Dikir Marhaban di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis, Ibu Pejabat Polis, Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penguasa Kanan Polis, Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali selaku Pemangku Pengarah Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis telah dimeriahkan de-ngan laungan Dikir As-Salai dan Marhaban dipimpin oleh salah seorang rekrut diteruskan dengan acara menabur bunga rampai oleh tetamu kehormat dan para pegawai serta para jemputan dan ahli keluarga rekrut.

Antara 75 rekrut APO yang dirai majlis berkenaan.
Antara 75 rekrut APO yang dirai majlis berkenaan.

Rekrut APO Skuad 1/2015 telah mula menjalani latihan mereka bermula pada 1 Mei 2015 di Pusat Latihan Polis selama enam bulan dan dijangka akan menamatkan latihan mereka pada 17 Disember 2015.

Menurut kenyataan dari pada Pasukan Polis Diraja Brunei, sepanjang mereka menjalani latihan di Pusat Latihan Polis, para rekrut telah didedahkan dengan latihan asas kepolisian dari segi fizikal, undang-undang dan kerohanian bagi mempersiapkan diri mereka sebelum keluar bertugas sebagai anggota APO.