750 buah rumah di Sochi ditenggelami banjir

750 buah rumah di Sochi ditenggelami banjir

MOSCOW, 26 Jun (dpa) – Banjir telah menenggelamkan kira-kira 750 buah rumah di sekitar selatan bandar Sochi, Rusia, tuan rumah Winter Olympics tahun lalu, menurut gabenor hari ini.

Turunan hujan yang sama seperti hujan selama tiga minggu pada hari sebelumnya, telah menyebabkan tiga sungai melimpah dan menenggelami sebahagian bandar itu dan kawasan sekelilingnya.

Tinjauan awal mengenai kerosakan telah didedahkan bahawa sekitar 750 buah rumah telah dibanjiri, namun tiada yang musnah, menurut gabenor rantau Krasnodar, Veniamin Kondratyev memberitahu media kerajaan.

Hanya seorang telah dilaporkan mati, seorang lelaki yang ditemui di persimpangan di daerah Adler, lokasi lapangan terbang.

ARTIKEL YANG SAMA