75,000 kanak-kanak Nigeria berisiko mati

75,000 kanak-kanak Nigeria berisiko mati

ABUJA, 16 Nov – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran semalam bahawa seramai 75,000 kanak-kanak Nigeria menghadapi risiko mati dalam “beberapa bulan” akibat kebuluran yang melanda timur laut negara itu berikutan pemberontakan Boko Haram.

Kumpulan berani mati Boko Haram telah menyerang rantau miskin itu sejak mengangkat senjata menentang kerajaan pada tahun 2009, mengakibatkan berjuta-juta orang berpindah dan mengganggu sektor pertanian dan perdagangan.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari telah menebus semula wilayah dari pelampau tetapi pemberontakan telah meningkatkan jumlah kematian, dengan lebih daripada 20,000 orang mati, 2.6 juta kehilangan tempat tinggal, dan menghidapi kebuluran. Penyelaras kemanusiaan PBB, Peter Lundberg berkata krisis itu berlaku dengan ‘sangat cepat.’

“Buat masa ini, pada penilaian kami bahawa 14 juta orang telah dikenal pasti sebagai yang memerlukan bantuan kemanusiaan,” menjelang 2017, kata Lundberg kepada pemberita di ibu negara Nigeria, Abuja.

Gambar fail 29 Ogos 2016 menunjukkan seorang ibu menyuapkan anaknya yang kekurangan zat makanan di sebuah pusat makanan yang dikendalikan oleh ‘Doktor Tanpa Sempadan’ di Maiduguri, Nigeria. – AP
Gambar fail 29 Ogos 2016 menunjukkan seorang ibu menyuapkan anaknya yang kekurangan zat makanan di sebuah pusat makanan yang dikendalikan oleh ‘Doktor Tanpa Sempadan’ di Maiduguri, Nigeria. – AP

Daripada merka, seramai 400,000 kanak-kanak memerlukan bantuan yang sangat kritikal, manakala 75,000 dijangka mati “pada beberapa bulan ini,” kata Lundberg. PBB berharap untuk menyasarkan separuh daripada 14 juta penduduk – penduduk yang lebih besar daripada Belgium – dengan kerajaan Nigeria berusaha untuk mencapai mereka yang lainnya.

Tetapi Lundberg berkata bahawa PBB tidak mempunyai wang yang cukup untuk menangani krisis tersebut dan menggesa rakan-rakan antarabangsa, sektor swasta dan dermawan Nigeria untuk “bekerjasama” dalam menangani masalah ini.

“Kita perlu mendekati sektor swasta, dermawan di Nigeria,” kata Lundberg. “Kami akan meminta rakan-rakan antarabangsa untuk campur tangan kerana kita hanya boleh menyelesaikan masalah ini jika kita benar-benar berganding bahu.” – AFP