755 mangsa direkodkan di Ranau

755 mangsa direkodkan di Ranau

KOTA KINABALU, 19 Jun (Bernama) – Jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di Ranau meningkat petang ini merekodkan 755 mangsa daripada 178 keluarga berbanding pagi tadi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Masyarakat Ranau (393 orang daripada 93 keluarga), Dewan Mini Kundasang (218 orang daripada 55 keluarga) dan pusat sementara Marakau (144 mangsa daripada 30 keluarga).

Beliau berkata keadaan masih belum selamat untuk membenarkan kesemua mangsa pulang ke kediaman masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA