78 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran

78 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran

SIBU, 7 April (Bernama) – Seramai 78 keluarga yang menghuni sebuah rumah panjang di Nanga Nirok, Sungai Ngemah, Kanowit hilang tempat tinggal dalam kebakaran malam tadi.

Ia dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7:45 malam yang melibatkan 10 pintu Rumah Anthony Ajut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Anggota Dewan Undangan Negeri Ngemah, Alexander Vincent.

Beliau berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tiba di tempat kejadian kerana terpaksa menggunakan pacuan empat roda dan perahu panjang.

Seorang wanita dilaporkan cedera ringan, katanya.