790 asnaf fakir miskin terima daging korban

790 asnaf fakir miskin terima daging korban

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Seramai 790 orang asnaf fakir miskin termasuk 220 orang ketua keluarga telah menerima daging ibadah korban dari gabungan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Royal Brunei Catering (RBC) dan Pusat Penyembelihan Mulaut pada majlis ibadah korban yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Mukim Mentiri semalam.

Pada tahun ini, tujuh ekor lembu, tiga ekor kerbau dan lima ekor kambing ditumbangkan untuk ibadah korban gabungan ini.

Hadir di majlis itu ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin, ahli-ahli Lembaga Pengarah RB, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari institusi-institusi berkenaan.

Yang Berhormat Pehin ketika mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin ketika mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Kapten Khalidkhan menyampaikan daging korban kepada peserta wanita.
Kapten Khalidkhan menyampaikan daging korban kepada peserta wanita.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan penyembelihan binatang korban iaitu dua ekor kambing dan bacaan Selawat Ibrahimiah oleh pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan, RB, RBC dan Pusat Penyembelihan Mulaut.

Majlis kemudian beredar ke dalam dewan bagi acara penyerahan daging korban kepada ketua keluarga asnaf fakir miskin disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bagi ketua keluarga asnaf lelaki, dan Pengurus Am Eksekutif (Corporate Risk) RB, Kapten Khalidkhan bin Haji Asmakhan bagi ketua asnaf wanita.

ARTIKEL YANG SAMA