8 anak yatim terima sumbangan

8 anak yatim terima sumbangan

Oleh Sahama

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Lapan orang anak yatim Kampung Sungai Hanching hari ini gembira apabila menerima derma daripada Jawatankuasa Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Kampung Sungai Hanching.

Penyampaian derma yang berlangsung di masjid itu disampaikan oleh Ketua Imam Masjid, Haji Amron bin Awang.

Majlis diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah dipimpin oleh ketua imam.

Haji Amron menyampaikan derma kepada salah seorang penerima.
Haji Amron menyampaikan derma kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA