8 belia bakal berentap esok

8 belia bakal berentap esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Lapan peserta belia akan memperdengarkan bacaan masing-masing pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir 1436H/2015M yang akan berlangsung pada 28 Mei ini di Dewan Di-gadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Para peserta terdiri daripada empat qari dan empat qariah yang telah berjaya mara di peringkat separuh akhir yang diadakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan pada 3 Mei lalu.

Empat peserta qari berkenaan ialah Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim, Awang Afiq Haririe bin Haji Mohd Daud, Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri dan Awang Muhamad Sa’dun bin Suhaili.

Manakala peserta qariah ialah Dayangku Amal Nazirah binti Pengiran Haji Jofri, Dayangku Nur Aqilah binti Pengiran Haji Ayub, Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Fatin Nurhanani binti Haji Mohdar.

Awangku Adi Nazri.
Awangku Adi Nazri.
Awang Abdul Wafiy.
Awang Abdul Wafiy.
Awang Muhammad Sa’dun.
Awang Muhammad Sa’dun.
Awang Afiq Haririe.
Awang Afiq Haririe.
Dayangku Nur Aqilah.
Dayangku Nur Aqilah.
Dayangku Amal Nazirah.
Dayangku Amal Nazirah.
Dayangku Siti Ummi Syazana.
Dayangku Siti Ummi Syazana.
Dayang Fatin Nurhanani.
Dayang Fatin Nurhanani.

ARTIKEL YANG SAMA