8 buah rumah musnah dalam kebakaran

8 buah rumah musnah dalam kebakaran

SEMPORNA, 16 Jun (Bernama) – Lapan buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Air di sini, hari ini, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata Balai Bomba Semporna menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.05 pagi dan tiba ke tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Seramai 10 anggota dan tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 10.18 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak bomba mengalami kesukaran memadam kebakaran berikutan masalah tekanan air pili bomba di kawasan kejadian.

Mohd Affendy berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.