8 cedera parah kemalangan kereta api

8 cedera parah kemalangan kereta api

MONTPELLIER, Perancis, 18 Ogos – Lapan orang cedera parah di selatan Perancis semalam apabila sebuah kereta api ekspres merempuh sebatang pokok yang tercabut akibat hujan batu besar-besaran, pekerja penyelamat berkata.

Kesan ini mencetuskan kekecohan, kerana beberapa penumpang merasa takut dan dibimbangi dengan serangan jihad sedang dijalankan, menurut seorang saksi.

Ekspres serantau itu membawa 219 penumpang pada perkhidmatan antara Nimes dan Montpellier apabila ia melanggar sebatang pokok di 140 kilometer (87 batu) sejam, pengendali kereta api SNCF itu berkata.

Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Lunel, kira-kira 28km barat daya Nimes.

Seorang individu mengalami kecederaan yang kritikal dan diterbangkan ke hospital, menurut ketua perkhidmatan penyelamat tempatan, Christophe Risdorfer. Lima puluh penumpang lain mengalami cedera ringan.

neww

“Kami yang ketika itu berada di dalam kereta api dengan keadaan hujan batu yang mula jatuh, terkejut apabila mendengar bunyi yang seakan ledakan bom,” kata seorang penumpang berusia 24 tahun dari Luxembourg yang memberikan namanya sebagai Justine.

“Kereta api itu bergegar selama beberapa saat dan kemudian saya melihat beberapa orang ketika itu mengalami kecederaan dengan berlumuran darah.”

Penumpang lain berkata beberapa orang di kereta api itu takut serangan jihad telah berlaku.

Rentetan daripada serangan pengganas di Eropah pada bulan kebelakangan ini telah meninggalkan kesan kepada penduduk di pinggir benua itu.

“Terjadinya kekecohan, beberapa orang pada mulanya berfikir ia adalah satu serangan,” kata wanita berusia 35 tahun bernama Virginie.

SNCF berkata kira-kira 80 pekerja penyelamat, disokong oleh helikopter, telah dikerahkan ke tempat kejadian, di mana “akses tempat kejadian itu adalah sangat sukar dilalui.”

Walau bagaimanapun, kereta api itu tidak menjejaskan dan trafik dijangka pulih lewat hari ini. – AFP