8 cedera, pesawat AS tergelincir dari landasan

8 cedera, pesawat AS tergelincir dari landasan

WASHINGTON, 16 Dis (AFP) – Lapan orang mengalami cedera ringan apabila sebuah penerbangan Southwest Airlines tergelincir dari landasan dan masuk ke longkang sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Nashville kelmarin, menurut pengangkutan itu dan pegawai bomba.

Kelapan-lapan mangsa dipindahkan ke pusat perubatan berhampiran hanya mengalami ‘lebam dan benjol’, menurut Jabatan Bomba Nashville dalam tweet.

Pesawat itu membawa seramai 133 penumpang dan lima kru.

Gambar-gambar dalam media sosial menunjukkan pesawat itu terdampar di padang rumput, muncung kapal berada di tanah dan sekurang-kurangnya satu peluncur kecemasan telah dibuka.

“Tepat pada jam 5:20 petang waktu tempatan, Penerbangan #31 Southwest Airlines dari Lapangan Terbang Houston Hobby ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville telah tergelincir dari landasan sejurus selepas tiba di Nashville, ketika pesawat udara itu sampai di pagar ketibaan,” menurut penerbangan itu dalam satu kenyataan.