8 cedera, serangan tikaman di Minnesota Mall

8 cedera, serangan tikaman di Minnesota Mall

ST CLOUD, Minneapolis, 18 Sept – Lapan orang cedera ketika serangan tikam di gedung membeli-belah Minnesota yang berakhir dengan penyerang yang disyaki – yang memakai uniform keselamatan swasta dan menyebut nama Tuhan – telah ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang tidak bertugas ketika itu, menurut pihak berkuasa.

Ketua Polis St Cloud Blair Anderson berkata semasa sidang media sejurus selepas tengah malam bahawa lapan orang telah dibawa ke hospital St Cloud dengan kecederaan yang tidak membahayakan nyawa mereka, ekoran serangan pertama yang dilaporkan kira-kira 8:15 malam semalam. Seorang telah ditahan bagi rawatan di hospital. Tidak ada butiran lanjut dikeluarkan.

Anderson berkata seorang pegawai polis yang tidak bertugas ketika itu telah menembak mati tersangka yang tidak dikenal pasti identitinya, dengan bersenjatakan pisau dan memakai uniform keselamatan swasta ketika serangan itu, Anderson tidak menyatakan di mana pegawai itu bertugas.

Orang ramai berdiri berhampiran pintu masuk Crossroads Center Mall antara kedai Macy dan Target apabila para pegawai menyiasat insiden tikaman yang dilaporkan kelmarin di St. Cloud, Minneapolis. – AP
Orang ramai berdiri berhampiran pintu masuk Crossroads Center Mall antara kedai Macy dan Target apabila para pegawai menyiasat insiden tikaman yang dilaporkan kelmarin di St. Cloud, Minneapolis. – AP

Anderson enggan menggelarkan serangan itu sebagai tindakan pengganas, dengan berkata motif serangan belum lagi diketahui. “Kami akan terus menyiasat dan menyelesaikan perkara ini,” kata Anderson, menambah bahawa polis St. Cloud pernah berhubung dengan tersangka sebelum ini tetapi hanya berkaitan penghentian lalu lintas.

Gedung membeli-belah itu masih ditutup ekoran kejadian itu, tetapi pihak berkuasa menjangkakan mereka yang berada di dalamnya akan dikeluarkan awal hari ini. Gambar-gambar dan video tentang gedung membeli belah itu yang diambil beberapa jam selepas kejadian menunjukkan kumpulan orang ramai membeli belah menanti untuk dibenarkan keluar, termasuklah beberapa kumpulan yang berhimpun bersama-sama di laluan masuk sebuah medan selera.

St. Cloud terletak kira-kira 112.65 kilometer barat laut Minneapolis. – AP