8 cedera tembakan di Baltimore

8 cedera tembakan di Baltimore

BALTIMORE, 25 Sept – Tiga lelaki bersenjata menembak dan mencederakan lapan orang termasuk seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun di jalan timur Baltimore malam kelmarin, kata polis, sambil menambah suspek telah melarikan diri dan mangsa dilaporkan masih dapat diselamatkan.

Penembakan itu berlaku di luar beberapa buah rumah pada 8:30 malam selepas tiga lelaki bersenjata berada di tempat berasingan di kawasan tersebut, Pesuruhjaya Polis Baltimore, Kevin Davis berkata pada sidang akhbar.

Davis, yang pergi ke tempat kejadian berkata, kejadian itu adalah satu perbuatan keganasan yang dirancang sebagai tindak balas kepada insiden penembakan hujung minggu Hari Buruh, di mana seorang lelaki telah ditembak dan dua wanita cedera, seorang daripadanya mengandung.

Beliau tidak segera menjelaskan bagaimana penyiasat percaya tembakan itu berkaitan dengan insiden tersebut.

Anggota polis Baltimore ketika bercakap kepada pemberita di tempat kejadian di mana beberapa orang telah ditembak dan cedera di Baltimore, pada 24 September 2016. - AP
Anggota polis Baltimore ketika bercakap kepada pemberita di tempat kejadian di mana beberapa orang telah ditembak dan cedera di Baltimore, pada 24 September 2016. – AP

Davis berkata, mangsa disyaki sebagai lelaki bersenjata tetapi pihak berkuasa tidak segera dapat mengenal pasti suspek dan masih mencari mereka beberapa jam selepas itu.

Menurut Pesuruhjaya, salah seorang lelaki bersenjata itu muncul dari lorong dan dua yang lain berlari di jalan, berhenti sebentar di kawasan mangsa dan melepaskan tembakan.

Beliau menambah bahawa gadis berusia 3 tahun dan ayahnya berdiri jauh sedikit dari yang lain dan kanak-kanak itu bukanlah sasaran yang dimaksudkan oleh penjenayah.

Pihak berkuasa berkata, salah seorang daripada penyerang memiliki senapang dan dua yang lainnya memiliki pistol. – AP