8 cedera, tiang landasan runtuh

8 cedera, tiang landasan runtuh

NEW DELHI, 17 April (Xinhua) – Kira-kira lapan cedera ketika tiang landasan kereta api Metro yang dalam pembinaan runtuh di bandar Lucknow, negeri Uttar Pradesh utara India hari ini, menurut seorang pegawai kanan polis.

“Insiden itu berlaku apabila pekerja Metro sedang memperkukuhkan bahagian antara dua tiang. Semua yang cedera adalah pekerja Metro dan mereka dimasukkan ke hospital berhampiran. Tidak ada yang terkorban dalam insiden tersebut,” ujarnya tanpa nama.

Insiden itu telah membawa kepada kekalutan besar dalam lalu lintas di nadi bandar tersebut, lapor rangkaian TV tempatan, ketika landasan kereta api Metro telah didirikan di kawasan tumpuan yang sering penuh sesak.

Siasatan ke atas insiden itu sedang dijalankan, tambah pegawai.

ARTIKEL YANG SAMA