8 kes polio di Afghan, konflik sekat usaha pembasmian

8 kes polio di Afghan, konflik sekat usaha pembasmian

KABUL, 10 Okt – Jumlah kes polio yang dicatatkan di Afghanistan telah meningkat kepada lapan orang tahun ini dengan kes baru disahkan, kata Kementerian Kesihatan Awam di negara itu, semalam.

“Siasatan mendedahkan bahawa kes Bermal, Paktika, adalah kes polio yang secara genetik dikaitkan dengan virus dari Selatan Waziristan (Pakistan), manakala kes Kabul telah disahkan negatif polio,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan .

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes polio kepada lapan di Afghanistan pada 2016,” kata kenyataan itu.

Selepas kes terbaru itu di wilayah timur Paktika bersempadan dengan Pakistan, pihak kementerian telah melancarkan dua aktiviti kempen imunisasi tambahan (SIA) disana dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut kenyataan itu.

Kementerian juga akan melancarkan “Hari Imunisasi Kebangsaan pada 17 Oktober untuk menyampaikan vaksin polio (OPV) dari rumah ke rumah bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun,” di seluruh negara.

“Afghanistan kekal sebagai salah satu daripada tiga negara terakhir endemik polio di dunia. Kementerian Kesihatan Awam dan rakan-rakan bersama meneruskan usaha mereka ke arah pembasmian polio” tambah kenyataan itu.

Pemberontakan dan konflik yang berterusan telah menghalang usaha untuk menghapuskan penyakit berjangkit di negara pergunungan itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA