8 lagi peserta perdengar bacaan

8 lagi peserta perdengar bacaan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, diteruskan lagi malam ini dengan empat orang qari dan empat orang qariah memperdengarkan bacaan mereka.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah berkenaan serta pembesar-pembesar negara, Menteri-menteri Kabinet, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang.

Para peserta yang bertanding pada malam ini ialah Awangku Muhd Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, Hajah Nurfaezah binti Haji Emran, Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya, Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya, Haji Awang Mohd Fikri bin Haji Awang Metussin, Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli, Awang Mohd Zul-Hafiz bin Awang Tengah dan Dayang Norezah binti Haji Md Deli.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh penuntut-penuntut Sekolah Arab Sungai Akar, Jabatan Pengajian Islam.

Hajah Nurfaezah peserta keenam turut berharap akan dapat memenangi musabaqah pada tahun ini.
Hajah Nurfaezah peserta keenam turut berharap akan dapat memenangi musabaqah pada tahun ini.
Awangku Muhd Adibul Amin merasa yakin dengan persembahan dibawakan dengan baik.
Awangku Muhd Adibul Amin merasa yakin dengan persembahan dibawakan dengan baik.

Sementara itu, Awangku Muhd Adibul Amin ketika ditemui berkata, persembahan membaca Al-Quran secara berlagu pada malam berjalan dengan lancar.

Mengenai persiapan, beliau berkata, para Qari dan Qariah telah diberikan kursus sebelum pertandingan, dimana Kementerian Hal Ehwal Ugama mendatangkan seorang Qari jemputan dari Mesir untuk memberikan tunjuk ajar.

Sementara itu, Hajah Nurfaezah pula berkata, Surah Azumar, Ayat 39, merupakan surah yang agak sukar, tetapi beliau merasa yakin dengan bacaannya dibawakan dengan baik dan memberikan persembahan yang terbaik.

Hajah Nurfaezah pernah menjadi johan dan naib johan dalam pertandingan-pertandingan membaca Al-Quran sebelum ini.

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M akan berakhir esok.

ARTIKEL YANG SAMA