8 mati lif menjunam dari bangunan

8 mati lif menjunam dari bangunan

BEIJING, 17 Julai – Lapan orang di bandar timur China terbunuh apabila lif pembinaan yang mereka naiki menjunam dari sebuah bangunan pangsapuri, menurut kerajaan setempat hari ini.

Kerajaan bandar Longkou di wilayah Shandong berkata di laman rasmi mikroblognya bahawa lif itu jatuh daripada tingkat 18 bangunan yang sedang dalam binaan.

Lapan orang yang berada dalam lif itu apabila ia jatuh Jumaat lalu segera dikejarkan ke hospital tetapi tidak seorang pun yang terselamat, menurut kerajaan.

Di sebalik peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan, keselamatan kerja masih menjadi masalah di China, yang mana peraturan secara rutin tidak diendahkan dan pengurangan kos oleh kerajaan kerap membawa kepada kemalangan. –AP

ARTIKEL YANG SAMA