8 maut ditelan banjir di Amerika Selatan

8 maut ditelan banjir di Amerika Selatan

ASUNCION, 27 Dis – Sekitar lapan orang maut dan ratusan ribu lagi dipindahkan akibat banjir yang melanda pada Hari Krismas di tiga buah negeri di Amerika Selatan, menurut laporan berita kelmarin.

Empat orang maut di Paraguay, dan lebih 100,000 orang dipindahkan sementara untuk keselamatan. Sungai Paraguay, yang memasuki hingga ke bandar, Asucion, mencecah 7.7 meter. Ribut dan banjir telah mengakibatkan kira-kira 125,000 buah rumah tanpa bekalan elektrik.

Di rantau Amazon Bolivia berhampiran sempadan Brazil, dua lelaki maut akibat hujan lebat dan banjir.

Dua lagi meninggal dunia di Argentina, menurut pihak berkuasa, dan lebih 20,000 orang di bandar Concodia dipindahkan disebabkan Sungai Uruguay melimpah, lapor laman web Clarin. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA