8 maut, kebakaran gudang di Moscow

8 maut, kebakaran gudang di Moscow

MOSCOW, 23 Sept – Angka kematian akibat kebakaran di sebuah gudang di Moscow kelmarin telah meningkat kepada lapan, menurut laporan agensi berita Rusia TASS hari ini.

Lapan mayat ditemui di atas bumbung, termasuk seorang anggota bomba mati semasa memasang paip air bagi penyejukkan silinder gas dan pemampat, kata Kementerian Rusia Situasi Kecemasan.

“Mereka adalah orang yang pertama tiba di gudang, mereka segera menjalankan peninjauan dan memindahkan lebih 100 pekerja gudang,” kata jurucakap kementerian itu.

Lebih 160 orang dan kira-kira 50 jenis peralatan berada dalam kebakaran itu, yang berlaku kelmarin di gudang yang terletak di Amurskaya Street, timur Moscow dan membakar seluas kira-kira 4,000 meter persegi.

Api berjaya dipadamkan pada 5:23 petang waktu tempatan (1323 GMT) kelmarin, menurut kementerian itu. – Xinhua