8 maut kemalangan kenderaan di China

8 maut kemalangan kenderaan di China

NANNING, 12 Mei (Xinhua) – Lapan orang dilaporkan mati dan empat lagi cedera selepas kenderaan ladang tiga roda yang mereka naiki terbalik di jalan raya negara itu di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang barat daya China pada pagi hari ini.

Pihak berkuasa tempatan berkata, tiga orang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala seorang daripadanya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, dan empat lagi meninggal dunia di hospital. Dua daripada empat mangsa menerima rawatan perubatan akibat kecederaan yang parah.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 07:30 pagi, apabila kenderaan yang dipenuhi dengan petani itu dalam perjalanan ke pameran tempatan.