8 maut, kemalangan kimia di bank Siam

8 maut, kemalangan kimia di bank Siam

BANGKOK, 14 Mac (Reuters) – Satu kemalangan di ibu pejabat Bank Perdagangan Siam (SCB) Thailand, didapati berpunca daripada bahan kimia pemadam api, telah membunuh lapan orang, bank itu berkata hari ini.

Kemalangan itu berlaku lewat malam semalam apabila kontraktor melakukan pembaikan pada sistem pemadam kebakaran bangunan.

Menurut SCB, kontraktor cuba menaik taraf alat pemadam kebakaran kimia di bangunan itu tetapi tidak sengaja menghidupkan sistem berkenaan dan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan tahap oksigen berkurangan.

“Tindakan itu mungkin mencetuskan pelepasan aerosol Pyrogen yang bertindak mengurangkan oksigen yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian,” menurut bank itu dalam satu kenyataan.

Anggota polis dan pekerja penyelamat berdiri di sekeliling mayat mangsa selepas kemalangan, yang berkemungkinan disebabkan oleh bahan kimia pemadam api yang berlaku di ibu pejabat Bank Komersial Siam, Thailand, di Bangkok. – Reuters
Anggota polis dan pekerja penyelamat berdiri di sekeliling mayat mangsa selepas kemalangan, yang berkemungkinan disebabkan oleh bahan kimia pemadam api yang berlaku di ibu pejabat Bank Komersial Siam, Thailand, di Bangkok. – Reuters

“Lapan orang maut dan tujuh orang yang cedera di hospital,” kata bank itu.

Mereka yang terbunuh adalah kontraktor dan seorang pengawal keselamatan, kata polis.

“Mereka berada dalam bangunan untuk kerja-kerja penyelenggaraan,” kata Kolonel Polis, Charoen Srisasalak.

Semua cawangan bank SCB dibuka seperti biasa pada hari ini, kata bank itu. SCB adalah sebuah bank komersial tertua di Thailand dan pemberi pinjaman ketiga terbesar di Thailand dari segi aset.