8 maut terbunuh dalam kebakaran

8 maut terbunuh dalam kebakaran

JOHANNESBURG, 14 Julai – Letupan sebelum subuh telah membunuh lapan orang, kebanyakannya kanak-kanak dan remaja, di sebuah rumah anak yatim di bandar pantai Durban, Afrika Selatan hari ini, menurut perkhidmatan kecemasan.

Enam mangsa tersebut adalah kanak-kanak, dengan yang paling muda berusia lapan tahun.

“Kami mendapat respons kebakaran pada jam 2:20 pagi (0020 GMT) pagi ini,” menurut jurucakap perkhidmatan, Robert McKenzie memberitahu AFP.

“Empat orang lagi telah dibawa ke hospital akibat kecederaan serius dan sederhana. Tidak ada yang dalam keadaan kritikal.”

Kebakaran meletus di bahagian kanak-kanak yatim lelaki dan semua yang meninggal dunia itu mereka yang berusia antara lapan dan 21 tahun.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira empat jam kemudian dan puncanya masih lagi disiasat. – AFP