8 mayat mangsa baj karam ditemui

8 mayat mangsa baj karam ditemui

CHONGQING, China, 20 Dis (Agensi) – Anggota penyelamat menemui lapan mayat dari sejumlah sembilan orang yang hilang selepas sebuah baj karam di Sungai Yangtze di barat daya bandar Chongqing pada Jumaat lepas.

Enam bot penyelamat masih lagi berada di kawasan nahas menjalankan gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.

Baj tersebut berlabuh di Jigongzui di daerah Fuling sekitar tengah hari Khamis lepas. Seorang anggota krew meninggalkan baj itu dan pulang ke rumah kira-kira jam 5 petang tersebut tetapi gagal mencari kedudukan baj pada sebelah pagi apabila kembali semula ke tempat itu.

Pihak berkuasa maritim tempatan mendapat baj berkenaan karam di kawasan dok perairan itu dan bangkainya sudah pun ditimbulkan.

ARTIKEL YANG SAMA