8 menang hadiah menarik

8 menang hadiah menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Lapan orang pelanggan bertuah telah membawa pulang pelbagai hadiah menarik apabila dipilih sebagai pemenang Cabutan Bertuah SMS dan Menang Minuman Tenaga Carabao yang julung-julung kalinya diadakan.

Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pejabat Carabao, Chop Kian Chuang di Tapak Perindustrian Kampung Salar, semalam, hadiah pertama berupa Apple iPhone 6s 16GB telah dimenangi oleh Awang Bashir Mohamed Ferozkhan, tempat kedua Awang Mohd Haffiz Haffizie bin Haji Thani yang memenangi Apple iPad Air 2 16GB dan Sheik Ahamed Khader Bawa Abdul Khader menerima Power Bank 10,000mAh selaku pemenang ketiga.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Pentadbiran Chop Kian Chuang, Dayang Farziana binti Matyassin.

Dayang Farziana bergambar ramai bersama para pemenang.
Dayang Farziana bergambar ramai bersama para pemenang.

Sementara itu, lima yang lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa pek hadiah Minuman Tenaga Carabao (24 x 250ml) setiap seorang.

Cabutan kedua akan diadakan pada 28 Januari 2016 di mana para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi gajet.

Untuk menyertainya, orang ramai hanya perlu membeli satu pek Minuman Tenaga Carabao (6 x 250ml) di mana-mana kedai yang ikut serta, kemudian hantar nama, nombor kad pengenalan dan nombor resit ke talian 8232555. Resit berkenaan mestilah disimpan sebagai bukti pembelian.

ARTIKEL YANG SAMA