8 nelayan dibunuh dalam serangan lanun

8 nelayan dibunuh dalam serangan lanun

MANILA, Filipina, 10 Jan – Lapan nelayan Filipina telah dibunuh selepas kira-kira lima lanun menaiki bot nelayan mereka di selatan perairan Filipina dan menyerang dengan menembak kru-kru kapal, kata para pegawai hari ini.

Tujuh nelayan lain terselamat dalam serangan malam Isnin di perairan berhampiran selatan Bandar Zamboanga dengan melompat dari kapal ketika lelaki bersenjata mula menembak dan berenang ke arah sebuah pulau, kata Leftenan Komander Alvin Dagalea.

Dagalea, komander stesen pengawal pantai di Zamboanga di pulau Mindanao, berkata beberapa mangsa yang terselamat telah diselamatkan oleh motobot yang melintas sementara yang lain ditemui berhampiran pulau. Bot mereka yang ditembusi dengan lubang-lubang bekas tembakan peluru telah karam.

Gambar yang diterima pada 10 Januari menunjukkan pengawal pantai Filipina memeriksa bot nelayan yang krunya (belakang) dipercayai telah dibunuh oleh lanun di luar pantai Laud Siromon di Zamboanga, pulau Mindanao selatan Filipina. – AFP
Gambar yang diterima pada 10 Januari menunjukkan pengawal pantai Filipina memeriksa bot nelayan yang krunya (belakang) dipercayai telah dibunuh oleh lanun di luar pantai Laud Siromon di Zamboanga, pulau Mindanao selatan Filipina. – AFP

Dagalea berkata dalam temu bual telefon yang lelaki berkenaan dalam perjalanan menangkap ikan apabila lelaki bersenjata mendekati dalam bot lain dan kemudian menaiki kapal mereka dan mengarahkan mereka ke haluan bot.

“Tiba-tiba lelaki bersenjata menembak mereka,” katanya.

Dia berkata lelaki bersenjata yang tidak dikenali itu mungkin lanun, sementara laporan tentera berkata motifnya sedang disiasat sama ada pemerasan ugut atau dendam antara kumpulan nelayan. – AP