8 Ogos sebutan semula kes peras ugut

8 Ogos sebutan semula kes peras ugut

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Seorang lelaki warga Nigeria yang menghadapi pertuduhan melakukan peras ugut ke atas seorang wanita berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam.

Muhammad Hafiz bin Abdullah Ugorji @ Chimere Charles Ugorji didakwa melakukan kesalahan itu dengan menakutkan mangsa untuk menyebarkan video lucah mereka berdua kepada orang ramai, jika mangsa gagal membayar $5,000 kepadanya.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman menetapkan 8 Ogos untuk sebutan semula, dan melanjutkan ikat jamin tertuduh.

Tertuduh diwakili Peguam bela Ahmad Zakaria manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo.

ARTIKEL YANG SAMA