8 Okt tetapkan hukuman dua lelaki

8 Okt tetapkan hukuman dua lelaki

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Dua lelaki tempatan disabit oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, atas lima pertuduhan menceroboh dengan niat untuk mencuri dan merosakkan harta benda.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menetapkan 8 Oktober untuk menjatuhkan hukuman ke atas Sukardi bin Haji Jamahad dan Mohamad Noh bin Zainal Abidin.

pg06_151007_mahkamah logo2

Kedua-dua tertuduh didapati menceroboh di Bank Standard Chartered serta Bank Baiduri di Sengkurong dan di Kiulap serta merosakkan mesin ATM kedua-dua bank terbabit selain turut menceroboh Pad Motors di Beribi dengan niat untuk mencuri.

Sebelum kedua-dua tertuduh disabit, Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff memanggil 23 saksi untuk memberikan keterangan manakala tertuduh membawa tiga orang saksi sebagai pembelaan.

ARTIKEL YANG SAMA