8 pegawai JIPK dinaikkan pangkat

8 pegawai JIPK dinaikkan pangkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Seramai lapan orang pegawai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) telah dinaikkan pangkat dan menerima tanda pangkat masing-masing pada majlis yang berlangsung di Bilik Serba Guna Ibu Pejabat JIPK, hari ini.

Empat daripada mereka dinaikkan pangkat daripada Pegawai Imigresen Kanan menjadi Ketua Pegawai Imigresen dan empat lagi daripada Pegawai Imigresen kepada Pegawai Imigresen Kanan. Hadir menyempurnakan penyampaian tanda pangkat ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi bin Haji Hafneh selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah timbalan pengarah pendaftaran kebangsaan, penolong-penolong pengarah imigresen, para pegawai serta kakitangan JIPK.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Pegawai Pendaftaran Kebangsaan Kanan, Awang Ahmad bin Haji Salleh dan diteruskan dengan penyampaian hiasan di bahu oleh tetamu kehormat majlis.

Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi menyampaikan tanda pangkat di bahu salah seorang pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.
Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi menyampaikan tanda pangkat di bahu salah seorang pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.
Awang Azmi bergambar bersama pegawai-pegawai yang baru dinaikkan pangkat.
Awang Azmi bergambar bersama pegawai-pegawai yang baru dinaikkan pangkat.

ARTIKEL YANG SAMA