8 pelacur China dipenjara

8 pelacur China dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150704_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Lapan wanita warga China, masing-masing dikenakan dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah terlibat dalam pelacuran.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 32 tahun.

Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abd Rahman yang mewakili kesemua tertuduh memberitahu mahkamah bahawa tertuduh merupakan mangsa ‘sindiket maksiat’ yang diarahkan untuk pergi dan tinggal di Brunei Darussalam dalam tempoh yang tertentu bagi tujuan pelacuran.

Wang yang diperolehi melalui aktiviti pelacuran itu akan dikirim kepada perancang sindiket terbabit.

Ketua Majistret berkata, hukuman pemenjaraan wajar dikenakan kepada kesemua tertuduh kerana denda sahaja tidak mencukupi memandangkan kes membabitkan pelacuran semakin meningkat.

Berdasarkan fakta kes, kesemua tertuduh memasuki negara ini pada bulan Julai 2015 pada tarikh berasingan menggunakan pas melawat.

Kesemua tertuduh telah diberkas oleh polis pada 15 Julai 2015 dalam serbuan yang dibuat di salah sebuah hotel di Kiulap sekitar jam 4 petang.

Dalam serbuan di sebuah bilik hotel itu, polis mendapati tujuh daripada tertuduh itu berada di bilik tersebut bersama dua orang lelaki Cina.

Pemeriksaan turut mendapati tujuh tertuduh berada di bilik hotel itu untuk tujuan pelacuran.

Polis turut menemui paket kondom dan jeli KY di bilik tersebut.

Polis turut menyerbu sebuah lagi bilik di hotel berkenaan dan mendapati seorang wanita (tertuduh) dan lelaki Cina berada di dalamnya.

Polis turut menemukan paket kondom dalam beg tangan tertuduh dan juga baju dalam serta seluar dalam tertuduh yang diletakkan di atas katil.

Ketua Majistret turut memerintahkan kesemua barang termasuk wang milik tertuduh dikembalikan kepada mereka manakala kondom dan jeli yang ditemui itu dirampas.

ARTIKEL YANG SAMA