8 pelajar SU Lubok Pulau sertai majlis khatam

8 pelajar SU Lubok Pulau sertai majlis khatam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Sept – Lapan pelajar dari Darjah 6 Sekolah Ugama (SU) Lubok Pulau, Tutong telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran, kelmarin, setelah mereka berjaya menamatkan bacaan 30 juz Al-Quran.

Hadir selaku tetamu khas majlis ialah isteri Ketua Kampung Lubok Pulau, Hajah Armah binti Luhong.

Adapun tujuan itu diadakan adalah untuk memberi dorongan dan galakan kepada pelajar berkenaan untuk terus berusaha mempelajari dan menghayati bacaan Al-Quran sehingga habis sebelum menamatkan persekolahan ugama mereka di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru-guru sekolah itu.

Hajah Armah hadir bersama tetamu lain pada majlis khatam berkenaan.
Hajah Armah hadir bersama tetamu lain pada majlis khatam berkenaan.
Pelajar Sekolah Ugama Lubok Pulau, Tutong yang menyertai majlis khatam Al-Quran, kelmarin.
Pelajar Sekolah Ugama Lubok Pulau, Tutong yang menyertai majlis khatam Al-Quran, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA