8 pelajar UTB lawat tapak binaan jambatan

8 pelajar UTB lawat tapak binaan jambatan

BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai lapan orang pelajar HND Construction Management and Quantity Surveyor, Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan link baru jambatan yang merentasi Sungai Brunei dari Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency, Daerah Brunei dan Muara.

Setelah itu, Health Safety & Environment induksi telah disampaikan kepada para pelajar oleh Pengurus Health, Safety and Environment (HSE), Pengiran Adi Samsul bin Haji Annuar. Para pelajar kemudian menghadiri ‘toolbox talks’ dan seterusnya dibawa ke tapak pembinaan.

Tujuan lawatan ini adalah supaya pelajar-pelajar mendapatkan pemahaman yang lebih baik di dalam modul mereka serta memberi tumpuan kepada HSE untuk projek mereka ‘Working at height and Scaffolding’.

Pengurus HSE (kiri) bersama lapan orang pelajar UTB.
Pengurus HSE (kiri) bersama lapan orang pelajar UTB.

Ini juga untuk mendedahkan para pelajar secara positif kepada pengetahuan asas mengenai keselamatan di tapak pembinaan jalan raya dan jambatan; bukan sahaja menyaksikan tetapi pelajar juga diberi peluang untuk menaiki ke puncak Pylon setinggi 157meter.

Ini juga untuk membolehkan pelajar untuk membina budaya kesihatan dan keselamatan yang positif, di mana kerja yang selamat dan sihat menjadi sifat kedua untuk semua orang terutama dalam kerjaya sebagai seorang jurutera.

ARTIKEL YANG SAMA