8 pelancong maut banjir kilat di selatan China

8 pelancong maut banjir kilat di selatan China

HANGZHOU, 29 Mei – lapan orang pelancong telah meninggal dunia di selatan China, wilayah Guangdong, semasa banjir kilat melanda kawasan itu, kata kerajaan tempatan hari ini.

Kemalangan semalam itu berlaku di kawasan Fenghuangxia di Bandar Jiangmen, di mana para pelancong sedang mengadakan aktiviti berakit di sungai itu. Kawasan itu mengalami hujan lebat semalam.

Enam orang telah diselamatkan dan lima disahkan meninggal dunia semalam. Anggota Penyelamat telah berjaya menarik tiga lagi mayat dari sungai pada awal hari ini.

Kerajaan bandar menawarkan sesi kaunseling kepada keluarga mangsa dan telah melancarkan siasatan mengapa pelancong dibenarkan untuk pergi berakit walaupun telah diberi amaran cuaca.

Manakala di timur China, Zhejiang, enam orang hilang di sebuah kampong kawasan berkenaan selepas rumah mereka tertimbus oleh tanah runtuh pada awal hari ini.

Anggota tentera mencari pelancong yang hilang di tapak kemalangan di kawasan Fenghuangxia di Bandar Jiangmen, selatan China, Wilayah Guangdong, kelmarin. – Xinhua
Anggota tentera mencari pelancong yang hilang di tapak kemalangan di kawasan Fenghuangxia di Bandar Jiangmen, selatan China, Wilayah Guangdong, kelmarin. – Xinhua

Tanah runtuh itu berlaku sejurus selepas tengah malam di Bandar Jiande, berikutan hujan lebat di kawasan itu, kata kerajaan tempatan, sambil menambah bahawa pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang hilang.

Hujan lebat yang deras akan terus melanda di selatan dan timur China pada beberapa hari akan datang selepas ribut mengakibatkan banjir di beberapa kawasan pada minggu lalu.

Pihak berkuasa meteorologi China telah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dalam keadaan cuaca yang merbahaya. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA