8 pelanggan bertuah bawa pulang barangan menarik

8 pelanggan bertuah bawa pulang barangan menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Lapan pelanggan bertuah, hari ini, telah membawa pulang barangan gajet dan pek hadiah apabila terpilih sebagai pemenang cabutan ketiga Carabao Energy Drink Power Draw SMS dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di di Pejabat Carabao, Chop Kian Chuang, Tapak Perindustrian Kampung Salar.

Pada majlis itu, Awang Fadyl Bahrin @ Abyl bin Haji Ellmi membawa pulang Apple iPhone 6s 16GB selaku pemenang pertama, manakala itu, Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Awang Haji Kamran memenangi Apple iPad Air 2 16GB di tempat kedua dan Awang Fuad Hakim bin Ahmad di tempat ketiga menerima Power Bank 10,000mAH.

Sementara itu, lima orang yang lain menerima hadiah sagu hati berupa pek hadiah Minuman Tenaga Carabao (24x250ml), yang terdiri daripada Awang Khairul Anuar bin Haji Hujan, Hajah Zamratul Arpah binti Haji Hassan, Ho Woei Lin, Awang Mohd Hairooladdy bin Haji Muin dan Syed Suthirkhan Sithikmohideen.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Pentadbiran Chop Kian Chuang, Dayang Farziana Matyassin.

Dayang Farziana Matyassin bergambar ramai bersama pemenang-pemenang bertuah.
Dayang Farziana Matyassin bergambar ramai bersama pemenang-pemenang bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA