8 pelanggan terima hadiah eksklusif

8 pelanggan terima hadiah eksklusif

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Seramai lapan pemegang kad Baiduri yang berbelanja di cawangan-cawangan Starbucks semasa promosi Sungkai bersama Baiduri pada bulan Ramadan lalu, masing-masing memenangi set hadiah eksklusif daripada Starbucks.

Para pemenang terdiri daripada Awang Muhammad Justin Poh, Hoh Chui Suan, Awang Mohammad Azmi bin Asnan, Lee Lian Khing, Awang Ariffin bin Haji Mohamad, Dayang Nabilah binti Haji Murni, Awang Saiful Bahri bin Haji Mohammad dan Pengiran Anak Hisshamuddin Shah Mardi.

Penyampaian hadiah berupa set koleh Starbucks dan kopi VIA telah diadakan di Starbucks Beribi, hari ini, yang disempurnakan oleh Pengurus Kanan Hal Ehwal Awam dan Strategi Digital Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd, Awang Salleharon bin Ahmad.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, dalam promosi Sungkai Bersama Baiduri, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan debit Baiduri di kedai-kedai makan dan minum yang ikut serta secara langsung dimasukkan ke dalam cabutan untuk memenangi hadiah mingguan termasuk tiga tiket pergi balik ke Singapura dan 10 rebet wang tunai bernilai $100 setiap satu di samping diskaun istimewa.

Di samping itu, pelanggan yang menggunakan kad kredit dan debit Baiduri di cawangan Starbucks juga berpeluang memenangi set hadiah Starbucks dengan dua hadiah disediakan setiap minggu promosi itu.

Antara pelanggan yang menerima hadiah eksklusif mereka, kelmarin.
Antara pelanggan yang menerima hadiah eksklusif mereka, kelmarin.
Salah seorang pemenang menerima hadiah sempena promosi sungkai di Starbucks.
Salah seorang pemenang menerima hadiah sempena promosi sungkai di Starbucks.

Pengurus Perhubungan Jenama Kad dan Sokongan Pemasaran Perbankan Perniagaan, Divisyen Perbankan Runcit Bank Baiduri, Michelle Lo, berkata, “Kami sentiasa teruja untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Starbucks untuk kebaikan pelanggan.

“Bukan sahaja pelanggan mendapat faedah dan kemudahan menggunakan kad Baiduri kami, tetapi mereka juga mendapat manfaat dan tawaran yang kami sediakan bersama rakan-rakan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Starbucks Brunei, Sydney Quays, dipetik sebagai berkata, “Di Starbucks, kami meraikan sambutan setempat dan Ramadan adalah masa istimewa bagi kami.

“Kedai kami sentiasa menjadi tempat perhimpunan masyarakat,” ujarnya, sambil menambah, sempena Sambutan Hari Raya ini, mereka mengalu-alukan para pelanggan untuk datang ke cawangan-cawangan mereka dan mengeratkan silaturahim bersama yang lain dengan minum kopi.

Maklumat lanjut mengenai promosi Bank Baiduri pada masa ini boleh didapati menerusi laman sesawang www.baiduri.com, aplikasi mudah alih ‘Baiduri Deals’ atau menghubungi pusat panggilan di talian 244 9666.

Orang ramai juga boleh mengetahui mengenai promosi dan acara-acara Bank Baiduri dengan mengikuti laman Facebook (Baiduri Bank Group) atau Instagram dan Twitter (@baiduribank).

ARTIKEL YANG SAMA