8 pemberontak Maois mati dalam serangan tembakan

8 pemberontak Maois mati dalam serangan tembakan

NEW DELHI, 1 Mac (AFP) – Polis India membunuh lapan pemberontak yang disyaki kelmarin dalam pertempuran senjata yang berterusan di kawasan terpencil, iaitu serangan terbaru dalam pemberontakan Maois di negara itu, seorang pegawai tempatan kanan berkata.

Polis menyerang hendap sekumpulan besar pemberontak bersenjata Maois berhampiran sempadan negeri Chhattisgarh dan Telangana pada awal pagi kelamrin, mencetuskan suasana tembak menembak yang sengit.

“Kita telah menerima laporan bahawa lapan pemberontak Maois mati tetapi tembak menembak masih berjalan dan kami masih merawat yang cedera,” D. Shravan Kumar, Ketua Polis daerah Sukma Chhattisgarh, berkata kepada AFP, dekat dengan kawasan serangan itu berlaku.

Polis Chhattisgarh dan Telangana melancarkan operasi bersama selepas menerima maklumat awam mengenai pergerakan pemberontak melalui hutan tebal, iaitu laluan yang sering mereka gunakan untuk menyeberangi sempadan negeri itu.

Pemberontakan Maois India bermula pada tahun 1960-an, yang diilhamkan oleh pemimpin revolusi China, Mao Zedong, dan telah meragut beribu-ribu nyawa.

Pemberontak, yang digambarkan oleh bekas Perdana Menteri, Manmohan Singh adalah sebagai ancaman keselamatan paling serius di negeri India, dan mengatakan perjuangan mereka untuk menguasai tanah, pekerjaan dan hak-hak lain untuk kumpulan suku kaum miskin.