8 polis maut serangan bom PKK

8 polis maut serangan bom PKK

ISTANBUL, 26 Ogos – Lapan pegawai polis Turki terbunuh dan 45 lagi cedera semalam apabila sebuah bom kereta yang didakwa dilakukan oleh militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) meletup di luar sebuah bangunan polis di tenggara negara ini.

Serangan bom itu menyebabkan kerosakan yang besar kepada ibu pejabat anti-rusuhan pasukan polis khas di Cizre, dengan siaran rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap tebal berwarna hitam naik ke langit.

Lapan pegawai polis terbunuh dan 45 lagi orang cedera, dua daripadanya mengalami kecederaan yang serius, agensi berita Anadolu melaporkan, memetik governorate tempatan.

Televisyen memetik Kementerian Kesihatan sebagai berkata 12 ambulans dan dua helikopter telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba, polis dan penyelamat berada di balai polis yang diserang di daerah Cizre di wilayah Turki semalam. Lapan pegawai polis Turki terbunuh dan 50 orang cedera dalam serangan trak yang sarat dengan bom di hadapan sebuah balai polis di daerah Cizre. – Xinhua
Anggota bomba, polis dan penyelamat berada di balai polis yang diserang di daerah Cizre di wilayah Turki semalam. Lapan pegawai polis Turki terbunuh dan 50 orang cedera dalam serangan trak yang sarat dengan bom di hadapan sebuah balai polis di daerah Cizre. – Xinhua

Gambar awal menunjukkan bahawa bangunan polis itu telah benar-benar dimusnahkan oleh kuasa letupan itu.

Sementara bangunan bersebelahannya pula mengalami kerosakan teruk dan sebahagiannya masih terbakar, gambar televisyen menunjukkan.

Anadolu berkata bom meledak 50 meter (ela) dari bangunan di pos kawalan. Ia berkata letupan itu telah dijalankan oleh PKK.

Pasukan keselamatan menutup jalan utama ke Cizre dari ibu kota wilayah Sirnak ke utara selepas serangan itu, menurut Anadolu. – AFP