8 rentung dalam kebakaran pangsapuri di Paris

8 rentung dalam kebakaran pangsapuri di Paris

PARIS, 2 Sept (AFP) – Sekurang-kurangnya lapan orang maut termasuk dua kanak-kanak dalam kebakaran sebuah pangsapuri di sini.

Jurucakap polis berkata, punca kebakaran itu masih tidak dapat dipastikan. Kebakaran bermula di tingkat bawah sebelum merebak ke tangga.

Katanya, lebih 100 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran yang disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam tempoh beberapa tahun ini.

Mengikut polis, lapan orang yang maut itu dipercayai cuba melarikan diri melalui tingkap namun tidak berjaya dan mati akibat lemas terhidu asap.

Penyiasat Perancis ketika menyiasat punca kebakaran itu. – Reuters
Penyiasat Perancis ketika menyiasat punca kebakaran itu. – Reuters

Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve yang hadir di tempat kejadian berkata selain lapan orang yang terkorban, seramai empat orang lagi berada dalam keadaan kritikal.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, berkata kejadian itu turut menjejaskan kira-kira 15 bangunan lain di sekitarnya.

Katanya, blok pangsapuri yang terbakar itu adalah sebuah bangunan swasta bukannya blok pangsapuri kos rendah.

ARTIKEL YANG SAMA