8 sekolah terima sumbangan Syarikat Lim Teck Hoo

8 sekolah terima sumbangan Syarikat Lim Teck Hoo

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Sebuah syarikat swasta, Lim Teck Hoo Holdings Sdn Bhd telah menghulurkan sumbangan berjumlah $52,000 kepada lapan buah sekolah Tiong Hua dan sebuah persatuan di negara ini.

Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada usahanya membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan yang baik serta menyokong usaha sekolah-sekolah Tiong Hua memberikan suasana pendidikan yang selesa bagi pelajar-pelajarnya.

Penyampaian sumbangan kepada wakil-wakil sekolah yang menerima sumbangan berkenaan telah berlangsung di syarikat tersebut, di Jalan Padang, di sini, hari ini, dan telah disempurnakan oleh wakil syarikat, Lim Ming Siong.

Wakil syarikat Lim Teck Hoo Holdings Sdn Bhd ketika menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil sekolah-sekolah Tiong Hua seluruh negara.
Wakil syarikat Lim Teck Hoo Holdings Sdn Bhd ketika menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil sekolah-sekolah Tiong Hua seluruh negara.

Sumbangan berkenaan merupakan amanat mendiang Pehin Datu Temenggong Dato Paduka Lim Teck Hoo dan isteri sebagai usaha berterusan untuk menyokong pendidikan sekolah-sekolah Tiong Hua di seluruh negara.

Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan berkenaan ialah Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan yang menerima sebanyak $20,000, Sekolah Menengah Chung Ching Seria (sebanyak $10,000), Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait ($10,000), Sekolah Chung Hwa Labi ($2,000), Sekolah Chung Lian ($2,000), Sekolah Chung Hwa Tutong ($2,000), Sekolah Chung Hwa Kiudang ($2,000) dan Sekolah Pai Yuek Temburong ($2,000), manakala itu, Persatuan Catur Brunei juga menerima sumbangan sebanyak $2,000.

ARTIKEL YANG SAMA