8 tamat kursus kaunseling & kerjaya

8 tamat kursus kaunseling & kerjaya

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Politeknik Brunei

 

POLITEKNIK Brunei melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, buat julung-julung kalinya, telah menganjurkan kursus Asas Kaunseling dan Kerjaya yang berlangsung selama lima hari yang lalu.

Penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

Terdahulu, kursus diakhiri dengan sesi penggulungan daripada Penolong Pengarah Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

Peserta bengkel terdiri daripada empat orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar, dua orang pensyarah mewakili Sekolah Perdagangan, Sekolah Teknologi dan Maklumat dan Komunikasi, Sekolah Sains Kejuruteraan dan dua orang pensyarah daripada program sains kesihatan.

Antara yang hadir.
Antara yang hadir.
Bergambar ramai bersama ahli peserta bengkel.
Bergambar ramai bersama ahli peserta bengkel.

Seramai enam orang pegawai Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah ditugaskan menyampaikan taklimat dan mengongsikan maklumat mengenai kaunseling dan kerjaya.

Kursus singkat ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kaunseling dan kerjaya kepada ahli-ahli komiti kaunseling dan kerjaya, Politeknik Brunei bagi membolehkan para peserta berkemampuan dalam menangani dan memeduli hal ehwal pelajar khususnya pelajar-pelajar Politeknik Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA