8 terkorban akibat hujan batu

8 terkorban akibat hujan batu

YANGON, 24 April – Ribut kencang yang menyaksikan hujan batu sebesar saiz bola golf menghujani seluruh Myanmar yang telah membunuh kira-kira lapan orang, beberapa hari kebelakangan, meruntuhkan pagoda dan memusnahkan ribuan buah rumah, menurut para pegawai hari ini.

Ribut pelik itu melanda di seluruh lima negeri pada Jumaat dan Sabtu selepas berminggu-minggu suhu gelombang haba yang mencecah sehingga 40C (104F).

“Daripada apa yang kami ketahui, seramai lapan orang terkorban dan 7,500 buah rumah musnah semasa hari-hari tersebut,” pengarah di Kementerian Kebajikan Sosial, Bantuan dan Penempatan Semula, Phyu Lei Lei Tun, memberitahu AFP, menambah bahawa jumlahnya mungkin meningkat ketika lebih banyak maklumat baru diperolehi.

Enam daripada mangsa yang terkorban itu berasal dari kampung Yay Tha Yauk di tengah rantau Mandalay selepas banjir kilat. Rantau lain yang dilanda termasuk Sagaing dan Magway serta negeri-negeri Shan dan Chin.

Gambar-gambar dan rakaman TV menunjukkan hujan batu menghempas ke laluan yang dibanjiri dan menggeletek bumbung logam ketika para penduduk berkejar mencari tempat berlindung.

Seorang wanita melihat bumbung rumahnya yang berlubang-lubang akibat hujan batu di Mandalay pada 24 April. – AFP
Seorang wanita melihat bumbung rumahnya yang berlubang-lubang akibat hujan batu di Mandalay pada 24 April. – AFP

“Saya merasa takut dengan angin kuat, hujan dan ketulan hujan batu apabila saya melihat keluar jendela,” salah seorang penduduk Mandalay, Yin Myo memberitahu AFP.

“Beberapa ketulan hujan batu sebesar bola golf, kebanyakannya kira-kira saiz kiub ais yang anda simpan dalam minuman,” tambahnya, mengatakan rumah ibu saudaranya juga musnah.

Akhbar Global New Light of Myanmar milik kerajaan mengatakan lebih 1,700 pagoda rosak akibat angkin kencang di negeri selatan Shan pada malam Jumaat.

Gambar-gambar dalam media sosial menunjukkan puncak menara pagoda, yang berusia lebih ratusan tahun, jatuh berkecai ke tanah. – AFP