8 terkorban dalam kemalangan bas

8 terkorban dalam kemalangan bas

LOS ANGELES, 15 Mei (AFP) – Lapan orang terbunuh dan 43 orang cedera semalam di negeri Texas, AS selepas sebuah bas sewa terbalik di lebuh raya, menurut pegawai wilayah itu.

Bas itu yang membuat perjalanan berhampiran sempadan negeri dengan Mexico menuju kasino di bandar Eagle Pass, menurut kenyataan dari Wilayah Webb, tempat kemalangan itu berlaku.

Tujuh orang terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital, menurut jurucakap Larry Sanchez.

Menurut wilayah itu, 44 orang telah dihantar ke hospital, termasuklah individu yang meninggal dunia.

Bas itu telah membuat perjalanan dari Lembah Rio Grande di hujung selatan negeri itu, apabila ia terbalik. Pihak kecemasan menerima panggilan sekitar pukul 11:30 pagi tentang kemalangan itu, yang juga menyaksikan penumpang-penumpang tersepit di bawah bas.

Bas yang terlibat dalam kemalangan itu dipindahkan dari tempat nahas. - AP
Bas yang terlibat dalam kemalangan itu dipindahkan dari tempat nahas. – AP

Lembaga Kesempatan Pengangkutan Kebangsaan berkata ia telah menghantar pasukannya untuk menyiasat kemalangan itu.

Jabatan Keselamatan Awam Trooper Conrad Hein melaporkan bahawa ketika kemalangan itu hujan turun tetapi punca kemalangan masih tidak diketahui, menurut NCB News.

Kemalangan berlaku kira-kira 55 kilometer utara bandar sempadan Laredo.

Dalam satu kenyataan, Gabenor Texas Greg Abbott dan isterinya menzahirkan ‘ucapan takziah kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA