8 warga Syria ditahan di Lebanon

8 warga Syria ditahan di Lebanon

BEIRUT, Lebanon, 1 Julai (Agensi) – Tentera Lebanon, kelmarin, menahan lapan warga Syria yang disyaki ahli organisasi pengganas.

“Warga Syria, Walid Ahmed Youssef, diberkas baru-baru ini , di antara timur bandar Bekaa, Labweh dan Arsal, disyaki berkaitan dengan keahlian kumpulan pengganas,” menurut tentera, dalam satu kenyataan oleh Direktorat Bimbingan.

Kenyataan itu menambah “tujuh warga Syria, disyaki berkaitan dengan organisasi pengganas juga telah diberkas di pinggir bandar Arsal.”

Pihak tentera telah meningkatkan langkah-langkah keselamatannya di dalam dan sekitar Arsal dan perkampungan di sempadan timur, untuk menghentikan pintu masuk pejuang Syria.

Pihak tentera sering bertempur dengan penjihad dari kaitan al-Qaeda, Jabhat al-Nusra, dan juga militan Negara Islam (IS), dan pada Ogos tahun lepas, IS menyerbu Arsal dan menculik 35 tentera dan polis sebelum berundur ke Syria.

Jabhat al-Nusra seterusnya menjalankan hukuman mati empat tentera sementara IS memancung seorang lagi.

Kerajaan Lebanon dalam rangka rundingan untuk membebaskan tahanan yang lain melalui orang tengah Qatar.

ARTIKEL YANG SAMA