80 ahli PSW, MWNBD sertai Majlis Khatam

80 ahli PSW, MWNBD sertai Majlis Khatam

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Bagi mendapat keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak, Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSW) hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi 80 orang yang bergabung dengan ahli Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) di Dewan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Majlis diketuai oleh Yang Di-Pertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaluddin yang memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Doa Arwah dan Tahlil beramai-ramai.

Majlis juga diisikan dengan majlis berbuka puasa bagi mengekalkan ukhuwah antara ahli persatuan dan jemaah yang hadir.

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa itu merupakan acara tahunan PSW setiap bulan Ramadan selain pelbagai program dan kegiatan kemasyarakatan lain yang pernah dianjurkannya.

Antara mereka yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran persatuan berkenaan.
Antara mereka yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran persatuan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA