80 bekas pelajar SMJA bertemu semula

80 bekas pelajar SMJA bertemu semula

TEMBURONG, 8 Nov – Lebih 80 orang bekas pelajar pengambilan pertama Aliran Inggeris, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) 1975 – 1978 sekali lagi bersua muka selepas 40 tahun dalam majlis tahlil dan doa arwah bagi teman-teman mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, bertempat di Pantaran Jabatan Daerah Temburong, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Labu, Haji Abdurahman bin Haji Nasir, selaku pengerusi bersama majlis dan juga salah seorang bekas pelajar di sekolah berkenaan.

Majlis tersebut merupakan kesinambungan aktiviti alumni bekas pelajar pengambilan pertama SMJA, Aliran Inggeris 1975-1978 sebagai salah satu aktiviti tahunan selain untuk mengeratkan tali silaturahim di antara bekas pelajar itu dan keluarga masing-masing.

Gambar ramai bersama sekumpulan bekas pelajar-pelajar SMJA Aliran Inggeris 1975-1978 semasa majlis tahlil.
Gambar ramai bersama sekumpulan bekas pelajar-pelajar SMJA Aliran Inggeris 1975-1978 semasa majlis tahlil.

Ia turut diselajurkan dengan acara kutipan derma kebajikan, bagi salah seorang ahli bekas pelajar berkenaan yang kurang bernasib baik dan menghidap sakit tulang. Buat masa sekarang beliau hanya menerima bantuan elaun kebajikan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) sebanyak $200 sebulan.

Majlis itu juga diisikan dengan lawatan ke kilang pembuatan ambulong yang diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Batu Apoi.

ARTIKEL YANG SAMA