80 orang kaunselor sertai Majlis Khatam Al-Quran

80 orang kaunselor sertai Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Seramai 80 orang kaunselor sekolah rendah, menengah dan pusat tingkatan enam serta pegawai dan kakitangan Unit Kaunseling dan Kerjaya, semalam, telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

Majlis Khatam Al-Quran tersebut merupakan julung-julung kalinya dikendalikan oleh kaunselor sekolah Kluster 1, anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya di Jabatan Sekolah-Sekolah.

Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan bersama jemputan yang lain pada majlis itu.
Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan bersama jemputan yang lain pada majlis itu.

Ia antara lain bertujuan untuk memupuk kecintaan dan minat kaunselor terhadap Al-Quran di samping memahirkan bacaan Al-Quran seterusnya melatih kaunselor untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah S.W.T.

Di samping itu juga, ia bertujuan membina ukhuwah sesama kaunselor dan pegawai serta kakitangan unit berkenaan.

Dengan adanya majlis ini, kaunselor akan dapat menjadikan Al-Quran sebagai satu sumber pegangan hidup dan berharap majlis seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA